Tuesday, August 28, 2007

Solat Hajat

Warga SKB dan PIBG SKB akan mengadakan majlis solat hajat di surau sekolah. Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib, solat Hajat untuk UPSR, solat Isyak dan jamuan ringan. Pembaca blog ini dijemput hadir.

Sambutan Kemerdekaan

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 50 akan diadakan pada 30 Ogos 2007. Dimalai dengan perarakan dan disusuli dengan acara dewan. Antara acara dewan yang akan diadakan ialah persembahan koir lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Impianku, disusuli dengan pertandingan mewarna dan melukis poster serta acara penyampaian hadiah. Acara membuat buku skrap telah dilancarkan pada awal Ogos dan akan diadili pada 30 Ogos 2007.

Saturday, July 28, 2007

Kem Gemilang UPSR 07

Pada 9,10 dan 11 Ogos 2007, Warga SK Batangan akan mengadakan Kem Gemilang UPSR Siri 2 yang kan diadakan di Duta Retreat Beach Resort, Kampung Pasir Puteh, Mercang. Seramai 44 0rang murid tahun enam akan terlibat dalam program ini. Kepada semua warga SKB akan terlibat. Kem ini akan dikendalikan oleh para pembimbing yang dari sekolah-sekolah Daerah Marang yang dilantik khas oleh PPD Marang. Semua warga SKB harap maklum.

Saturday, June 23, 2007

GOTONG ROYONG PERDANA




Tanggal 30hb Jun 2007, Gotong Royong Perdana telah diadakan di SK Batangan selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua warga SK Batangan telah menyertai program gotong royong perdana tersebut.

Tahniahla SK Batangan

Tahniahlah SK Batangan..... Respect aaarrr... Semoga dapat dipertahankan..

Wednesday, June 20, 2007

Batangan Dream Team

Setelah berpenat selama beberapa tahun menyediakan pasukan, akhirnya tuaian hasil yang membanggakan warga sk batangan. Pada tahun 2005 mendapat tempat keempat kategori bawah 10 tahun, 2006 tempat kedua kategori bawah 11 tahun karnival mini hoki MSST, manakala 2007 menjadi johan MSSM Marang. Sesungguhnya kejayaan itu tidak datang bagai menyediakan mee segera.......



Salam Perkenalan

Salam sejahtera kepada rakan-rakan yang bakal mengguna blog ini......... sahabat dan rakan rakan yang budiman sudilah kiranya tuan-tuan dan puan-puan intailah apa yan ada. Kalau ada apa-apa cadangan, ilmu pengetahuan yang berguna atau pendapat sila kemukakan.